slide 1

MENU JAPANESE

foodtrail

Menu Asia

foodtrail

Menu Asia

foodtrail

Menu Asia

foodtrail

Menu Asia

Sunday, September 21, 2014

Mee Daging terbaik pernah aku buat.

Dah tak tau nak masak apa,tapi mengenangkan misi aku nak nak update pasal misi harian aku kat sini,Harini aku gagahkan juga melawan sikap malas aku ni.Selepas mencari bahan di kedai,nasib baik ada lagi daging.Dapat la aku menghidangkan menu minum petang ni untuk anak-anak dan suami.Nampak simple tapi nak buat jenuh juga ler.Aku cuma sempat ambik gambar yang dah siap jer mee daging ni.Agak-agak terliur tak korang tengok mee daging aku ni.

Mee Daging terbaik

Sebelum ni kalau suami aku nak makan aku cuma beli mee daging ni kat kedai mamak di pekan batu 1 sijangkang,Mamak tu satu-satunya kedai yang jual mee daging paling sedap kat kampung aku ni.Tempat lain memang takda...kalau ada pun tak setanding mee daging dia...Tapi itu dulu,sekarang aku dah boleh buat sendiri.Jimat sikit dan boleh makan berulang kali.Lain kali kalau ada buat lagi aku bagi step dari mula sampai siap macam mana nak buat mee daging special ni yer.Akhir kata,selamat menjamu selera.

Thursday, September 18, 2014

Buat Kek Coklat Special Untuk Suami

Misi kali ni nak buat kek coklat special sempena birthday suamiku.Tak tau la jadi ke tidak.Xpe yang penting kita cuba dulu.Tahun ni aku kalau boleh semua nak buat sendiri.Sebab masa banyak kat rumah.Sambil tu boleh jimatkan duit suami kan.....Ini bukan percubaan pertama sebenarnya.Dah banyak kali jugak aku buat kek.Cuma kali ni agak nervous sikit takut tak jadi sebab dah bagitau suami pasal kek coklat special ni.Nak tak nak kena siapkan dengan kualiti yang ok.
Kek Coklat Special
Aku just share rambang je kali ni,sebab banyak step yang aku tak snap gambar.Tau-tau dah di kacau je kat bekas kan.....

 Kek Coklat Special
Peringkat kacau sampai sebati dah siap.Masuk oven pun dah siap.Kek dah 70% siap..tinggal nak hias jer sekarang ni.

 Kek Coklat Special
ta daaa....Dah siap pun.ni lah dia kek coklat special untuk suami tercinta.Kalau beli ni anggaran rm50 lebih rasanya...sebab buat sendiri kos dapat dikurangkan.Apa yang penting hasil usaha ku berjaya.

Monday, September 15, 2014

Siakap sweet sour vs ikan tenggiri masin

Baru tiga hari berblog rasa macam dah tiga tahun...haha..bukan apa,sebab idea nak menulis tu macam turun naik,tapi sebab alang-alang dah buat kena teruskan jugaklah.....Rugi pulak nanti.Tak kiralah apa orang nak kata,syok sendiri ke apa...yang penting aku happy dengan cara aku.....Sebenarnya ni menu hari sabtu yang lepas,Sebab nak budget aku beli ikan siakap yang kecik je.Sebab En.Suami request suruh masak ikan masin tenggiri sekali.Kali ni aku just show menu aku yang dah siap.Sebab terlupa nak ambik gambar masa masak,apa yang aku ingat gambar sebelum masak dan selepas masak.Jadilah janji ada kan.......
Siakap sweet sour
Siakap sweet sour
Siakap sweet sour ku dah siap.Macam sedap tak?haha....kalau dah makan sedap aje.

  ikan tenggiri masin
  ikan tenggiri masin
Ikan masin tenggiri....Sapa yang belum pernah makan elok cuba..sebab sedap.Dulu aku pun tak berapa suka,sekarang pantang ada mesti nak makan.Tak percaya....cuba dulu baru tahu.

sambal belacan terbaik
sambal belacan terbaik
Tak complete makan kalau takda sambal belacan,umpama makan nasi takda lauk.ataupun minum air kopi tanpa gula.Sambal belacan atau sambal mesti nak kena ada.Janji ada pedas-pedas sikit kalau tak macam takda feel makan.

sayur bening paling sedap
Sayur bening pelengkap menu makan tengahari harini.Kuah pun mesti ado,kalau tak nanti tercekik.Sebab kami sekeluarga kalau makan tengahari memang tak sediakan air minuman.Memang dah sejak azali lagi macam tu...

makan tengahari ala kampung
Inilah dia set complete untuk hari tersebut.Simple dan menyelerakan.

Saturday, September 13, 2014

Char Kuey Teow Special.

Bila masuk petang mula la otak ni rasa blur tak tau apa nak dimasak.Buka-buka peti sejuk tengok ada pulak bahan-bahan untuk buat Char Kuey Teow.Terus dapat idea untuk menu minum petang harini.Sebenarnya saja beli bahan-bahan tu.Tak pernah buat char kuey teow pun sebelum ni.Cuma pernah buat kuey teow kerang yang biasa jer.
Bila dah ada bahan-bahan char kuey teow.Apalagi,terus keluarkan dari peti sejuk.Jam menunjukkan dah pukul lima petang.Nasib baik dah solat asar.Boleh terus masak.hehe.Kiranya aku dag free sampai maghrib.So aku ada masa 2 jam.Kalau siap cepat boleh la En. Suami dan anak-anak makan cepat.Nanti kalau dah lewat dah jadi makan malam pulak....Makan sebelum maghrib kan sunnah nabi.Kira nak ambik sunnah ni...dapat pahala.hehe.....

Char Kuey Teow Special.
Kuey teow dah ku basuh dan masukkan dalam bekas  untuk tos air.Harap-harap jadilah percubaan pertama aku nak buat Char kuey Teow Special ni.Selama ni beli jer,tak pernah terlintas pun nak buat sendiri.

Char Kuey Teow Special.
Bahan-bahan utama untuk buat char kuey teow,Sebab aku dengan suami serta anak-anak suka udang maka udanglah menjadi daya penerik untuk char kuey teow petang ni.Kalau tak suka boleh guna kerang.Pastikan ada telur kalau tak tak sedap.ye ker tak sedap...haha.Lepas tu daun kucai dan bawang putih jangan lupa.

Char Kuey Teow Special.
Dah siap bahan-bahan tu ni kira stage 2,kicap tiram,kicap manis dan otak udang.Ikut kata orang yang bagi aku resepi ni,dia kata jangan cuba-cuba nak kurangkan salah satu dari bahan-bahan yang aku tunjukkan ni,dia kata confirm tak jadi char kuey teow...silap-silap jadi kuih tart nanti..haha..saja melawak ..jangan marah tau.

Char Kuey Teow Special.
ini kicap manis,sos tiram dengan otak udang tadi serta bawang putih tadi..Sepatutnya guna kicap pekat.tapi sebab dah urgent,guna apa yang ada je lah.Masukkan kesemua bahan-bahan tadi kedalam kuali,kuey teow sekali yer.Jeng jeng agak-agak  jadi tak char kuey teow special aku ni.

Char Kuey Teow Special.
haha....inilah hasilnya.....yang penting bila En.Suami dan anak-anak makan kata sedap dah kira puas la aku.....Selamat memasak.

Friday, September 12, 2014

Lempeng cicah sambal

Assalamualaikum,

Selamat membaca isi kandungan misiku masak ni ye....Sekadar ingin berkongsi dengan semua orang tentang aktiviti harian ku memasak menu hidangan untuk family tersayang.Aku akan kongsikan apa sahaja menu yang difikirkan ok,Tak kiralah sedap atau tidak....yang penting aku puas demi keluarga.Ok tak penerangan ringkas tu.......
Menu pertama yang ingin aku kongsikan pada hari ini adalah Lempeng cicah sambal berlada,Menu ni merupakan favourite suami ku.Kalau makan memang tak cukup sekeping.Aku rasa sepuluh keping pun belum tentu cukup haha....

Sebelum Buat Lempeng,aku akan buat sambalnya dulu...Biasanya aku akan buat kurang pedas...pedas-pedas manis.Ini antara bahan-bahannya.
Lempeng cicah sambal
bawang kecik (merah)
bawang putih
ikan bilis
cili hijau
cili besar merah


Lempeng cicah sambal
Tumbuk kesemua bahan tadi.Tak perlu sampai hancur.agak-gak jer.

Lempeng cicah sambal
Dah siap tumbuk terus masukkan dalam kuali yang telah dipanaskan dengan sedikit minyak.

Sambal berlada dah siap.Sekarang aku nak buat lempengnya pulak.

Lempeng cicah sambal
Buat lempeng senang cuma sediakan 3 cawan tepung gandum,1 sudu besar minyak masak,sedikit garam secukup rasa dan 4 cawan air.Jangan kurang takut lempengnya tak jadi.

Lempeng cicah sambal
Kacau-kacau sehingga kesemua tepung sebati.

Lempeng cicah sambal
Panaskan kuali dan letak sedikit minyak dan kacau dalam bulatan kuali.kemudian masukkan tepung tadi.Ratakan dengan menggunakan bawah senduk.Pastikan bentuk lempeng bulat.Kalau empat segi lain macam pulak nantikan.Terbalikkan bila rasa dah masak.nanti sebelah je yang masak.haha
(Maaf kuali agak gelap,sebab dah selalu sangat buat lempeng)

Lempeng cicah sambal
Inilah  hasilnya.Lempeng ku dah siap.Lempeng mu bila lagi

Lempeng cicah sambal
Jom makan dan selamat menjamu selera.