Friday, September 12, 2014

Lempeng cicah sambal

Assalamualaikum,

Selamat membaca isi kandungan misiku masak ni ye....Sekadar ingin berkongsi dengan semua orang tentang aktiviti harian ku memasak menu hidangan untuk family tersayang.Aku akan kongsikan apa sahaja menu yang difikirkan ok,Tak kiralah sedap atau tidak....yang penting aku puas demi keluarga.Ok tak penerangan ringkas tu.......
Menu pertama yang ingin aku kongsikan pada hari ini adalah Lempeng cicah sambal berlada,Menu ni merupakan favourite suami ku.Kalau makan memang tak cukup sekeping.Aku rasa sepuluh keping pun belum tentu cukup haha....

Sebelum Buat Lempeng,aku akan buat sambalnya dulu...Biasanya aku akan buat kurang pedas...pedas-pedas manis.Ini antara bahan-bahannya.

Lempeng cicah sambal
bawang kecik (merah)
bawang putih
ikan bilis
cili hijau
cili besar merah


Lempeng cicah sambal
Tumbuk kesemua bahan tadi.Tak perlu sampai hancur.agak-gak jer.

Lempeng cicah sambal
Dah siap tumbuk terus masukkan dalam kuali yang telah dipanaskan dengan sedikit minyak.

Sambal berlada dah siap.Sekarang aku nak buat lempengnya pulak.

Lempeng cicah sambal
Buat lempeng senang cuma sediakan 3 cawan tepung gandum,1 sudu besar minyak masak,sedikit garam secukup rasa dan 4 cawan air.Jangan kurang takut lempengnya tak jadi.

Lempeng cicah sambal
Kacau-kacau sehingga kesemua tepung sebati.

Lempeng cicah sambal
Panaskan kuali dan letak sedikit minyak dan kacau dalam bulatan kuali.kemudian masukkan tepung tadi.Ratakan dengan menggunakan bawah senduk.Pastikan bentuk lempeng bulat.Kalau empat segi lain macam pulak nantikan.Terbalikkan bila rasa dah masak.nanti sebelah je yang masak.haha
(Maaf kuali agak gelap,sebab dah selalu sangat buat lempeng)

Lempeng cicah sambal
Inilah  hasilnya.Lempeng ku dah siap.Lempeng mu bila lagi

Lempeng cicah sambal
Jom makan dan selamat menjamu selera.

0 comments:

Post a Comment